Wednesday, November 21, 2007

Teman Sepi 8

“Ain janji dengan I satu perkara boleh? Kalau tak I tak nak kahwin”
“Pulak? Mengada-ngada anak datuk sorang ni. Hah, cakaplah nak suruh aku janji apa?” tanya Naaz Qurratulain dengan laju.
“Cakap laju macam bullet train. Bukan apa sebagai orang yang paling I sayang, I nak you janji dengan I yang you akan datang ke majlis I nanti dan I nak you jadi pengapit I. Janji ya Ain?”
“Mana boleh! Tak pernah dibuat orang pengapit pengantin lelaki, orang perempuan. Kan kau dah janji dengan Fareez dan dia pun dah setuju nak jadi pengapit kau kan?”


“I tak mahu Fareez… I nak you… I nak you sebelah I masa atas pelamin nanti…”
Peliklah lelaki seorang ni mintak yang bukan-bukan. Dia tak tahu ke semua ni tak mudah bagi aku? Fitri Shahriman! Aku atau kau yang takde perasaan?? Bukankah lebih baik kau gantung aje aku ni hidup-hidup daripada duduk sebelah kau, jadi pengapit kau!
“Fitri Shahriman… mintaklah benda lain selain daripada suruh aku jadi pengapit kau… Aku tak nak…” terang Naaz Qurratulain.


“Kenapa you tak pernah faham apa yang I nak Naaz Qurratulain?” tanya Fitri Shahriman pula. Naaz Qurratulain diam. Dia bukan tak faham tapi dia terpaksa buat-buat tak faham.
“You tahu tak…yang you ni sangat-sangat bermakna untuk I, you pernah terfikir tak apa tujuan hubungan ini… kenapa kita rapat dari mula lagi? Kenapa I tak pernah ada perempuan lain selain dari you… you pernah fikir tak?” tanya Fitri Shahriman lagi. Naaz Qurratulain tetap diam.
“I tak mahu orang lain Ain… I nak you seorang aje…” kata Fitri Shahriman. Naaz Qurratulain tetap membisu.


“I tak faham you Ain… I betul-betul tak faham…”
“I bukan nak main-main dengan you, I serius nakkan you dari mula lagi. I mengaku I yang salah sebab tak pernah luahkan perasaan I pada you. I mintak maaf…I mengaku I silap… I bukan lelaki yang pandai meluahkan, I tak pandai Ain… I mengharapkan pengertian dari you…” luah Fitri Shahriman akhirnya.
“Iman… aku tak pernah salahkan sesiapa. Aku happy jadi kawan kau…bagi aku itu pun dah lebih dari cukup. Aku happy…” sahut Naaz Qurratulain.
“I want more than that…”


“Bukan masanya Iman… Dahlah, tak mahu cakap pasal tu lagi, bulan depan kau dah nak jadi suami orang. Kita lupakan ajelah hal kita ni… Kau janji dengan aku yang kau akan jadi suami yang baik… baru aku nak datang wedding kau… tapi jangan harap aku jadi pengapit kau… aku tak mahu…” beritahu Naaz Qurratulain dengan jujur.
“Ain… I nak you selalu ada di sisi I…”
“Tak boleh Iman… Kau akan jadi suami orang… Kau jangan lari masa tok kadi nak nikahkan kau sudahlah Iman. Nanti satu bandar ni tahu Fitri Shahriman anak Datuk Fuad lari di hari pernikahan. Keluar surat khabar muka depan gambar kau, iskk…tak terbayang aku!” usik Naaz Qurratulain lagi. Fitri Shahriman yang duduk disebelahnya mencebikkan bibir sebagai tanda protes.

Tuesday, November 20, 2007

Teman Sepi 7

“Lama Ain tunggu?” tanya Shahriman yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di bangku simen di taman tasik itu.
“Tak adalah lama sangat, lima minit ada kot. Kau yang suruh aku datang, aku pulak yang kena tunggu kau” omel Naaz Qurratulain dengan laju. Bibir nipisnya pantas menuturkan bicara. Shahriman membetulkan duduknya dan memandang wajah ayu milik gadis di sebelahnya itu.
“Ain makin marah, makin comellah” usik Shahriman.
“Banyak kau punya cengkadak. Comel ke apa ke, now straight to the point. Apa halnya kau suruh aku datang ke mari. Ajak ke taman pulak tu. Kalau tunang kau nampak, mampus aku kena ganyang.” bebel Naaz Qurratulain lagi.
“Pasal inilah yang I ajak you ke mari. Ain, I really need your advice”
“Advice apa yang aku boleh bagi?”
“I…I…”
“I, I, I apa?? Sejak bila arkitek cum IT genius depan aku ni jadi gagap? Cakap betul-betullah, tarik nafas dalam-dalam then lepaskan perlahan…” ucap Naaz Qurratulain.


“Sebenarnya I nak putuskan pertunangan I dengan Rini, Ain. I nak batalkan majlis pernikahan kami” tutur Shahriman perlahan. Terbeliak mata Ain mendengar biji butir yang keluar dari mulut Shahriman.
“Apa kau merepek ni Iman? Kau dah hilang akal ke? Ishhh…biar betul kau ni? Baru semalam aku tolong kau tulis kad jemputan, hari ni kau kata kau nak batalkan? Kau gila ke apa?” herdik Naaz Qurratulain.
“I am serious Ain. I am not kidding. This is about my life, my future. I tak boleh hidup dengan orang yang I tak sayang, yang I tak cinta…please Ain” tegas Fitri Shahriman. Dia memandang Naaz Qurratulain dengan penuh makna sehingga memaksa gadis itu mengalih pandangan.
“Habis tu kau nak suruh aku buat apa?” soal Naaz Qurratulain perlahan. Dia membelek-belek cincin berlian yang tersarung dijarinya, hadiah dari Fitri Shahriman sempena ulangtahunnya yang ke 25 bulan lalu.


“I tak tahu Ain…. Hati I, I dah beri pada orang lain… dan I dah cuba untuk terima Rini… tapi tak boleh. Rini tak salah dalam hal ni… I tak mahu dia jadi mangsa… I tak boleh nak saying dia, Ain.. please understand me…” jawab Fitri Shahriman. Dia memerhati tingkah Naaz Qurratulain yang sedang memusing-musingkan cincin di jari.
“Iman, bercinta selepas berkahwin lebih manis lagi. Mungkin sekarang kau tak cintakan dia. Esok lusa siapa tahu? Tuhan itu maha adil…hari ni kau tak cintakan dia, esok lusa melimpah ruah kasih sayang kau untuk dia” ucap Naaz Qurratulain dengan bernas.
“You ni memang tak ada perasaanlah Ain” balas Fitri Shahriman. Geram! Kali ini dua insan itu saling berpandangan. Naaz Qurratulain memandang muka Fitri Shahriman dengan seribu persoalan. Fitri Shahriman pula memandang wajah Naaz Qurratulain dengan seribu harapan.


“Ishh…apa pulak aku tak ada perasaan? Sebab aku ada perasaanlah aku cakap macam ni. Iman, aku bayangkan diri aku di tempat Rini sekarang. Betapa hancur dan luluhnya hati aku bila dapat tahu, perkahwinan aku dibatalkan. Aduh Iman, tak tergambar kepahitan yang bakal dialami Rini nanti” ucap Naaz Qurratulain. Dia memilih jalan yang selamat dengan berpihak kepada Rini, tunangan Shahriman.
“Rini tentu bangga…bakal dapat suami yang baik macam kau. Bijak, penyayang…berjawatan bagus, anak orang senang… orang terkenal… tentu dia teruja nak mulakan hidup berkeluarga dengan kau…” sambung Naaz Qurratulain.
“You?”
“Aku… usahlah kau risau…. Kahwin ya Iman…jangan batalkan. Kesian kat mak bapak kau. Seluruh keluarga nanti dapat malu. Apa salahnya kita berkorban untuk orang yang kita sayang…tak salahkan?” pujuk Ain lagi.


Fitri Shahriman mengangguk beberapa kali. Dia menggapai jemari runcing milik Naaz Qurratulain dan diusap perlahan. Gadis itu agak terkejut dengan tingkah Shahriman itu, namun dibiarkannya sahaja.
“This makes me love you more Ain”
“Love you too my friend” balas Ain sambil menarik perlahan jemarinya. Hatinya mula berkata sesuatu namun dipendamkan sahaja.