Monday, April 7, 2008

Teman Sepi 11

Naaz Qurratulain berdiri di hadapan ketuanya. Dia tahu apa sebab dia di panggil petang itu. Tentunya berkait dengan sampul putih yang diletakkan atas meja lelaki separuh matsaleh itu pagi tadi.

“Apa ini Naaz?” tanya Andrews. Dia menolak surat yang Naaz Qurratulain taip petang semalam sebaik sahaja dia sampai dari pejabat Fitri Shahriman.

Surat berhenti kerja bos…” jawab Naaz Qurratulain dalam ketar. Bukan sebab dia takut, tapi dia ketar sebab dia sedih. Dia tak mahu pergi tapi Naaz Qurratulain memaksa hatinya, mengugut jiwanya agar menghilangkan jejak di tanah Jauhar ini dengan segera.

“Kenapa nak berhenti? Gaji tak cukup? Berapa tak cukup?”

“Gaji cukup… tapi I nak cari angin barulah…”

“Naaz… ini mesti related dengan Shahriman?”

“Nope”

Adrews geleng kepala. Dia tarik semula surat putih itu dekat padanya. Dia garu rambutnya yang perang. Sekejap-sekejap dia pandang Naaz Qurratulain.

“Cakaplah apa yang tak kena, I boleh fikirkan.” Kata Andrews cuba memulakan rundingan dengan Naaz Qurratulain yang tak berkata apa. Sebenarnya dia sudah mahu menangis. Dia tak mahu pergi jauh tetapi hatinya memaksa.

“You mahu lari dari Shahriman bukan? I tahu Naaz…”

“I nak berhenti kerja aje… tak usah kait hal Shahriman sama, bos. Please accept it…”

“You dapat kerja di mana?”

Naaz Qurratulain geleng kepala. Dia belum cari kerjapun.

“I tak boleh terima surat ini Naaz kerana you masih ada kontrak dengan syarikat ini. Pelanggaran kontrak boleh menyebabkan you kena bayar denda. Lagipun Shahriman tentu tak happy kalau favorite auditor dia berhenti.”

“At least kerjalah lagi sampai you dapat kerja lain…” sambung Andrews lagi. Dia juga tak mahu Naaz Qurratulain berhenti kerja, gadis manis yang kelakar itu umpama maskot pejabat ini…tanpa Naaz Qurratulain, pejabat ini tidak ceria.

“I nak berhenti juga bos… nak relaks…”

Andrews geleng kepala lagi. Dia tidak mahu menerima surat perletakan jawatan Naaz Qurratulain, dia mahu gadis itu menimbang semula keputusannya. Naaz Qurratulain keluar dari bilik Andrews. Dia nekad.

“Apa Shahriman sudah buat dengan perempuan ini?” kata Andrews. Dia pun pelik, tidak tahu punca mengapa Naaz Qurratulain sekarang tidak mahu bertemu dengan Fitri Shahriman lagi. Andrews makin pelik bila Naaz Qurratulain kata dia puasa tiap kali Fitri Shahriman datang mengajaknya keluar makan.

“Setahu aku sekarang ini bulan Maulud…minggu lepas baru cuti birthday Muhammad…” Andrews bermonolog lagi.