Monday, October 29, 2007

Teman Sepi 6

Pagi-pagilah sudah ada email dari orang di tingkat atas. Naaz Qurratulain geleng kepala. Sudah berbuih mulutnya memberi alasan hendak mengelak dari berjumpa dengan Fitri Shahriman, tetapi lelaki itu tidak makan saman langsung.

Ain,

Apa yang buat you busy sangat sampai tak ingat dunia ni? Orang lain pun busy jugak tapi masih ada masa untuk diri sendiri.

Hari tu you cakap you tetap kawan I tak kira apapun status I, tapi sekarang you macam nak larikan diri dari I, kenapa Ain?

I tak kira, I nak jumpa you jugak tengahari nanti. I nak jumpa MY NAAZ QURRATULAIN!


Me,
F.S.


“Apa lagi si Shahriman ni nak dari aku, diakan dah bertunang… baru semalam sarung cincin, takkan pepagi buta ni dah cari aku?” bebel Naaz Qurratulain sendirian. Perlahan-lahan dia menggerakkan jarinya di atas kekunci computer ribanya lalu dibalas email dari Fitri Shahriman.


Encik Fitri Shahriman bin Datuk Fuad,

Adalah dimaklumkan kepada encik, bahawasanya saya tidak pernah sekali-kali melarikan diri dari sesiapa kerana saya tidak berhutang dengan sesiapa. Kebetulan sejak pulang dari berkursus dan dinaikkan pangkat (Alhamdulillah, syukur pada Allah) jadual kerja saya sangat padat. Kalau encik tidak percaya, sila jumpa Mr. Andrews (your best buddy)

Yang benar
Naaz Qurratulain

Nun di tingkat 15, Fitri Shahriman tersenyum simpul membaca email yang baru diterimanya. Dia tahu Naaz Qurratulain tidak pernah simpan benci dalam hatinya. Dia juga sedar Naaz Qurratulain sebenarnya memendam hasrat yang sama namun dia gadis Melayu yang pemalu dan santun, mana mungkin dia bisa meluahkan perasaannya pada lelaki.

“Semua ni salah aku… aku yang lembab” keluh Fitri Shahriman.


Cik Pengurus Operasi,

Kalau cik pengurus operasi inginkan rehat saya dengan lapang hati sedia berjumpa dengan Mr. Andrews (my best buddy) tu untuk meminta kebenaran darinya agar membebaskan cik pengurus operasi untuk beberapa jam.

Sekarang juga saya akan telefon Mr. Andrews (my best buddy) tu :-p

F.S.


Sementara itu di tingkat 7, Naaz Qurratulain mula panic. Menyalahkan diri sendiri kerana mencabar Fitri Shahriman. Kebimbangannya menjadi kenyataan apabila bosnya yang separuh matsaleh itu muncul di muka pintu biliknya.

“Shahriman called me…”
“He did?”
“Yahh…”
“Crazy…”
“He is crazy…anyway… you are permitted to take a long lunch break… but please help me to complete this survey form first… ” kata Mr. Andrews sambil menghulur beberapa helai kertas kuning cair kepada Naaz Qurratulain.

“Shahriman gila…boss aku pun gila!” bebel Naaz Qurratulain.

Sunday, October 14, 2007

Teman Sepi 5

Belumpun sempat aku meluahkan hasrat hati untuk menyunting si buah hati, mama sudahpun menyatakan keputusan yang dibuatnya untuk aku. Membantah sama seperti aku menderhaka kepadanya, menolak…sama seperti aku melukakan hatinya. Tapi di mana hak aku untuk menentukan kebahagiaan hati ini? Dalam hati aku Cuma ada Naaz Qurratulain, buah hatiku…

Fitri Shahriman merenung jus tembikai di dalam gelas tinggi. Sudah kering setengah gelas tapi kelibat yang ditunggunya tidak juga turun. Dia nekad untuk terbang ke Langkawi menemui Naaz Qurratulain. Apapun keputusan Datin Shariah dia terima tetapi dia ingin tahu dari mulut Naaz Qurratulain sendiri, benarkah tiada cinta untuknya dalam hati gadis itu.

“Sorry lambat… cari brooch tak jumpa…” kata Naaz Qurratulain. Fitri Shahriman melihat buah hatinya yang sudah berubah penampilan. Ayunya Naaz Qurratulain bertudung. Lidahnya jadi kelu.

“Kenapa? Do I look like an alien to you?”

“Hellooo…”

“Fitri Shahriman Fuad…” panggil Naaz Qurratulain.

“Saya…saya…”

“Macam tak pernah tengok aku jek kau ni. Ini akulah…Ain…”

“I tahu… baru tiga minggu tak jumpa, Ain dah lain sekarang…makin cantik”

“Cantik itu hak Tuhan Man… aku cuma diberi pinjam aje…”

“Mari… I nak bawak you naik atas gunung… nak celebrate your birthday kat atas sana…” tunjuk Fitri Shahriman ke atas Gunung Matchinchang.

“Ain… sepanjang kita kenal… you ada orang lain tak?” tanya Fitri Shahriman. Naaz Qurratulain menggelengkan kepalanya.

“Kau pernah Nampak aku keluar dengan lelaki lain selain kau tak?”

“Tak pernah…”

“Kau pernah dengar aku ada boyfriend tak?”

“Tak pernah…” jawab Fitri Shahriman lagi.

“Dah tu kenapa tanya?”

“I Cuma nak kan kepastian…”

“Pasti sangat Fitri Shahriman… dan kau sendiri sangat pasti tentang hal yang satu ini. Siapalah yang nak kan aku ni Iman, semua lelaki takut nak ngurat aku sebab diorang ingat aku ni makwe kau… dan pasal kau jugaklah aku tak laku di pasaran…” usik Naaz Qurratulain.

Fitri Shahriman sedar. Selama ini dia tidak pernah meluahkan apa yang dipendamnya. Dia akui kelemahan dan kesilapan nan satu ini.

“Tapi tak apa, tak lama lagi kau kan dah nak bertunang… tentu orang akan tahu yang sebenarnya aku ni masih available…” sambung Naaz Qurratulain. Fitri Shahriman terasa dirinya disindir. Dia tahu bukan niat Naaz Qurratulain untuk menyindirnya tetapi dirirnya terasa seperti dibantai sehingga lumat dek kata-kata buah hatinya itu.

“How did you know?”

“News has spread…like flame in the woods…” balas Naaz Qurratulain.

“You tak pernah sayangkan mana-mana lelaki?” tanya Fitri Shahriman. Dia tak mahu berbicara tentang khabar pertunangannya dengan Naaz Qurratulain, bukan itu tujuan dia kemari.

“Pernah… tapi tidak lagi sekarang…”

“Kenapa?”

“Takde apa…”

Itu bukanlah jawapan yang dituntut hatinya. Kata-kata itu Cuma menambah persoalan dalam hatinya yang sedih berkabung.

“Kalau I pinang you?” diulang lagi soalan yang pernah diajukan dulu.

“Iman… apa tanya aku soalan mengarut ni? Aku okaylah… kau jangan risau tau. Kau tak usah susah hati pasal aku… Insya Allah nanti sampailah jodoh aku. Kau doakan aku ditemukan dengan lelaki yang baik okay?”

Aduh! Duhai Naaz Qurratulain, kenapa kau simbah luka hati ini dengan air garam? Tidakkah kau sedar betapa aku selama ini mengasihimu?

“Kita tetap kawankan?” tanya Naaz Qurratulain

“You’re my Qurratulain…forever…”

“How sweet!” balas Naaz Qurratulain dengan manja. Fitri Shahriman tahu, itu bukanlah jawapan ikhlas dari gadis itu.

Teman Sepi 4

“Assalammualaikum…” ucap suara lembut yang ditunggunya sejak beberapa hari yang lalu.

“Waalaikumsalam… Ain, mana menghilang ni? Puas I cari tau…”

Ada…saje aje nak diam kejap”

“You kat mana sekarang ni Ain? I datang jumpa you boleh tak?”

“Aku kat Langkawi ni Man…buat apa susah-susah nak datang sini. Jauh…” beritahu Naaz Qurratulain. Dia tak mahu menyusahkan Fitri Shahriman untuk datang berjumpa dengannya di pulau lagenda ini.

“I naik flight sweetie…” jawab Fitri Shahriman.

“Tak usahlah Iman… membazir…”

“Ishh… apa yang tak kena dengan you ni Ain? Semuanya tak boleh. Sudahlah handphone you hilang you tak beritahu I, you kena ragut pun you tak cakap dengan I… apa yang tak kena ni?” soal Fitri Shahriman.

“Nothing…”

Fitri Shahriman buntu. Naaz Qurratulain benar-benar berubah. Dia cuba mencari dimana silap dirinya, kalau-kalau dia pernah mengguris hati gadis itu.

“I ada buat salah dengan you ke Ain?”

“Takdelah Iman… jangan susah hatilah, aku okay aje… lagi dua minggu aku balik. Okaylah…syilling aku dah nak habis, senang-senang nanti,… aku call kau lagi. Jaga diri bebaik… awak tu darah manis…”

Naaz Qurratulain tidak sempat mengucapkan selamat talian telahpun terputus. Lantas meninggalkan pertanyaan pada Fitri Shahriman. Ayat terakhir Naaz Qurratulain itu seperti memberitahu padanya, mengapa gadis itu menjauhkan diri. Tiapa siapa yang beritahu dia?

Ain…hati ini Cuma sayangkan kamu…dan aku juga tahu lagu yang bernyanyi dilubuk hatimu sama seperti lagu yang berdendang dalam hatiku. Tapi kenapa kau biarkan hati kita bernyayi sendiri? Tidak sudikah kau berdendang bersamaku?

Teman Sepi 3

Fitri Shahriman betul-betul kesepian. Sudah dua minggu buah hatinya di hantar berkursus di Langkawi. Tanpa Naaz Qurratulain, tengahari dia lapar, petang dia kehausan kerna ketiadaan teman yang mampu membuka seleranya untuk makan. Naaz Qurratulain bijak menyusun menu untuk dirinya. Bukan itu sahaja gadis itu sangat senang dibawa berbicara. Dari topic sukan, isu semasa hinggalah politik dunia, malah dia juga petah berbicara tentang pemuliharaan flora dan fauna.

Naik jenuh Fitri Shahriman menghantar SMS tapi tidak ada satu pun yang dibalas. Lenguh juga jarinya menekan butang Redial namun panggilannya tidak juga berjawab.

“Azura, boleh bagi aku nombor telefon hotel Ain tak?”

“Kalau kau nak telefon pun Shahriman, Ain bukan ada kat hotel sekarang ni. Dia tengah kursus, bukannya pergi holiday” jawab teman sepejabat Naaz Qurratulain.

“Aku telefon dia tak jawablah Zura…”

“Lahhh… kau tak tahu ke Shahriman?”

“Tahu apa?”

“Ain kau tu kena ragut sehari sebelum dia bertolak ke Langkawi. Habis semua harta benda dia dalam beg tu kena ragut”

Mengucap panjang Fitri Shahriman. Kenapa dia tidak diberitahu tentang hal sebesar ini? Apa kena dengan gadis itu,tiba-tiba sahaja dia jadi seorang yang begitu secretive.

“Tak apalah Zura…thanks”

“Milla… kau ada contact number Ain tak?”

“Eh, Man…ngigau ke kau ni? Kemana Qurratulain kau menghilang sampai cari aku pulak ni” soal Kamilla teman seusianya.

“Adik kau merajuk ke Man?” sambung Kamilla lagi.

Argh! Fitri Shahriman Cuma merosakkan ‘reputasi’ dirinya sahaja. Buat apa digebang serata alam misteri kehilangan buah hatinya ini, pasti mengundang salah faham pada orang lain.

Teman Sepi 2

Sepucuk sampul surat warna jingga diletakkan oleh seseorang di atas komputer ribanya. Di atas sampul itu tertera namanya yang ditulis dengan tangan. Hanya ada namanya sahaja di atas sampul itu.

NAAZ QURRATULAIN

Dengan cermat sampul surat itu dibuka. Dibaca perlahan-lahan dan difahami betul-betul isi kandungan surat itu. Setelah habis dibaca, surat itu dilipat kemas dan dimasukkan semula ke dalam sampulnya.

“Aku tidak pernah berangan untuk duduk sama tinggi dengannya apatah lagi menjadi sebahagian daripada keluarganya namun cukup bagi aku menjadi sebahagian daripada hidupnya. Insya Allah, permintaan ini tidak sukar untuk aku tunaikan…” lafaz Naaz Qurratulain dalam hati.

“Ain… kita keluar lepas kerja nanti boleh tak?” tanya Fitri Shahriman di telefon.

“Aku banyak kerjalah Man… mungkin kena stay back malam ni”

“Alah…kesiannya dia, nak I call boss you mintak pengecualian untuk you?”

“No, thanks… aku ada banyak sangat kerja. Lagipun next week aku kena pergi kursus sebulan. Takut tak sempat siap pulak sebelum aku pergi” beritahu Naaz Qurratulain.

“Eh, nak pergi kursus ke mana ni? Kenapa tak cakap dengan I? Selalu kalau nak ke mana sekalipun you bagitahu I… ni kenapa nak pergi kursus tak beritahu ni? Kursus kat mana? Kenapa sampai sebulan?” soal Fitri Shahriman bertalu.

“You ask my boss lah…”

“Moody aje ni kenapa sweetheart? Bulan mengambang ke?”

“Takde apalah… Man, aku betul-betul sibuk ni. Nanti aku call kau ya…”

Saturday, October 13, 2007

Teman Sepi 1

“Mama, kenalkan ini kawan Iman… Ain, kenalkan ini mama I, Datin Shariah”

Ain diperkenalkan dengan seorang wanita berusia akhir 40an atau mungkin awal 50an. Genit dan bergaya orangnya. Ain memanjangkan tangannya dan bersalaman dengan Datin Shariah. Dia turut menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

“Kawan sepejabat Iman ke?” tanya Datin Shariah

“Tak ma… tapi satu bangunan pejabat, floor lain-lain…” ujar Shahriman. Datin Shariah tersenyum.

“Jemput duduk dulu Ain… sekejap lagi bila papa Iman ni balik dari surau bolehlah kita makan sekali…” kata Datin Shariah.

“Sweetheart…” panggil Shahriman. Terbeliak mata Ain bila dipanggil sebegitu.

“Ishh… besar-besarkan mata pulak… memang nama you Sweetheart kan?” usik Shahriman, merujuk kepada makna nama Qurratulain. Memanglah nama aku Sweetheart, tapi janganlah panggil aku Sweetheart depan mama kau, lebih-lebihlah kau ni Fitri Shahriman!

“Dah lama ke Ain kenal Iman?” tanya Datin Shariah

“Lama jugak Datin…”

“Sudah lima tahun lima bulan lima hari ma…” jawab Fitri Shahriman dengan tepat. Naaz Qurratulain tersenyum. Sesuai dengan jawatan yang disandangnya, arkitek muda itu sangat pantas membuat kira-kira.

“Ain kerja di mana?” tanya Datin Shariah lagi.

“Hisham Andrews, Datin…”

“Ohh… auditor kita tu…” jawab Datin Shariah.

Makan malam berjalan dengan lancar selepas itu. Naaz Qurratulain pandai menyesuaikan diri dengan keluarga Fitri Shahriman. Jejaka tampan itu juga senang hati bila melihat papa dan mamanya dapat menerima calon pilihan hati yang dibawanya pulang malam ini.

“Ain… kalau ada orang masuk meminang you sekarang ni, you terima tak?” tanya Fitri Shahriman sewaktu menghantar Naaz Qurratulain pulang.

“Hah? Kau ni tak ada soalan lain ke?”

“Saja aje… kenapa? Tak boleh ke?”

“Siapalah yang mahukan aku ni Iman… Cantik pun tidak”

“Manusia yang bijak tidak melihat pada kecantikan sahaja…kecantikan pada wajah tidak kekal lama, Naaz Qurratulain”

“Pandailah kau tu…”

“Kalau I yang pinang you, you terima tak Ain?”

Besar mata Naaz Qurratulain bila mendengar soalan terbaru dari Fitri Shahriman itu. Sejak akhir-akhir ini lelaki itu sering mengutarakan soalan-soalan pelik kepadanya. Fitri Shahriman sudah tidak beraku-engkau lagi dengannya, kini dia lebih senang ber-I-you. Banyak perkara yang dirasakan sudah berubah.

“Ain, dengar ke tidak ni?”

“Dengar… tapi larat ke kau nak tanggung belanja kahwin nanti? Aku semua nak free aje Iman. Kau kena sediakan semuanya sekali…” jawab Naaz Qurratulain sambil ketawa. Gelihati sungguh dia.

Saturday, October 6, 2007

Teman Sepi

Jam di komputer sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Ain semakin cemas. Entah kenapa sejak semalam dia menjadi serba tak kena apabila Shahriman mengajaknya makan malam bersama keluarganya. Sejak mengenali Shahriman di Arizona ketika sama-sama menuntut di sana, Ain tidak pernah berkenalan dengan keluarga Shahriman. Yang dia tahu, Shahriman merupakan anak bongsu kepada Dato’ Fuad, ahli perniagaan yang disegani di bandaraya ini.

“Aku tak pakai baju kurunglah Man…segan nak jumpa mama dan papa kau dengan skirt macam ni. Aku nak balik rumah dululah…”

“Habis tu sape nak temankan Man shopping?”

“Shopping sendirilah…”

“No…no… you must come with me. It’s a must Ain!”

“Amboi…macam bos… okay, since hari ni kau yang jemput aku pergi kerja…jadi terpaksalah aku ikut kau balik jugak”

“That’s my girl… I will reach your office in three minutes time”

Ain segera mengemas mejanya dan mematikan suis. Pejabat Shahriman yang terletak di tingkat 15 di City Square Tower hanya beberapa minit sahaja jaraknya dengan pejabat Ain di tingkat 7.

Shahriman sudah tercegat di muka pintu pejabat Hisham Andrews. Senyumnya menyambut Ain yang sedang menolak daun pintu. Shahriman tetap tampan biarpun sudah lewat petang.

“Shopping kat sini ajelah ya Man…aku malas nak pergi jauh-jauh” pinta Ain.

“Yelah…I just wanna buy few shirts and a pair of jeans. Ain tak nak shopping ke? Dah siap semuanya nak ke Tioman weekend ni?” tanya Shahriman. Ain jadi bingung. Semalam Shahriman mengajak dia makan malam bersama keluarganya malam ini, tidak cukup dengan undangan makan malam, Shahriman mempelawa dia ke Tioman juga. Naaz Qurratulain sudah habis hitung, puas dia menolak namun Shahriman tetap berkeras mahu dia turut serta dalam percutian keluarga itu.

“Alah… pegi Tioman aje. Pakai beach thongs, kain batik mak aku dengan t-shirt pun boleh. Kalau aku melaram pun bukan ada orang pandang…”

“Tak…tak ada orang pandang cuma orang tengok aje. Loyar buruk…macamlah dia pernah pakai kain batik tu. Tak pernah umur I tengok you pakai kain batik Ain”

“Pasal aku tak reti pakailah sebab tu aku tak pernah pakai kain batik. Kot tanggal…uikhh…naya aku!”

Mereka beriringan menuju ke lif untuk turun ke bawah. Terpaksa bersesak-sesak dengan pekerja lain yang turut menggunakan lif untuk turun dari pejabat. Mereka merayap di kompleks membeli belah itu untuk beberapa jam selepas itu. Shahriman sibuk memilih pakaian pejabat yang baru, dia juga turut bermurah hati menghadiahkan Ain dua pasang baju baru.

Waktu hari semakin senja, dua teman itu beransur menuju ke rumah Shahriman di Nong Chik. Dada Ain berdebar-debar. Dia tak tahu apa tujuan Shahriman mengajak dia ke rumahnya, apatah lagi untuk makan malam bersama keluarganya yang mahsyur itu.

Ada apa di sini...

Ada projek khas untuk blog yang satu ini... aku nak letak cerpen-cerpen aku yang dah berkulat tu di sini... let start with... satu cerita yang belum aku beri tajuk...

tapi sebelum aku tepek cerpen tu kat sini... layanlah iklan khidmat masyarakat dari aku, lirik lagu RUANG RINDU dari LETTO

di daun yang ikut mengalir lembut
terbawa sungai ke ujung mata
dan aku mulai takut terbawa cinta
menghirup rindu yang sesakkan dada

jalanku hampa dan kusentuh dia
terasa hangat oh didalam hati
kupegang erat dan kuhalangi waktu
tak urung jua kulihatnya pergi

tak pernah kuragu dan slalu kuingat
kerlingan matamu dan sentuhan hangat
kusaat itu takut mencari makna
tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

kau datang dan pergi oh begitu saja
semua kutrima apa adanya
mata terpejam dan hati menggumam
diruang rindu kita bertemu