Sunday, October 14, 2007

Teman Sepi 2

Sepucuk sampul surat warna jingga diletakkan oleh seseorang di atas komputer ribanya. Di atas sampul itu tertera namanya yang ditulis dengan tangan. Hanya ada namanya sahaja di atas sampul itu.

NAAZ QURRATULAIN

Dengan cermat sampul surat itu dibuka. Dibaca perlahan-lahan dan difahami betul-betul isi kandungan surat itu. Setelah habis dibaca, surat itu dilipat kemas dan dimasukkan semula ke dalam sampulnya.

“Aku tidak pernah berangan untuk duduk sama tinggi dengannya apatah lagi menjadi sebahagian daripada keluarganya namun cukup bagi aku menjadi sebahagian daripada hidupnya. Insya Allah, permintaan ini tidak sukar untuk aku tunaikan…” lafaz Naaz Qurratulain dalam hati.

“Ain… kita keluar lepas kerja nanti boleh tak?” tanya Fitri Shahriman di telefon.

“Aku banyak kerjalah Man… mungkin kena stay back malam ni”

“Alah…kesiannya dia, nak I call boss you mintak pengecualian untuk you?”

“No, thanks… aku ada banyak sangat kerja. Lagipun next week aku kena pergi kursus sebulan. Takut tak sempat siap pulak sebelum aku pergi” beritahu Naaz Qurratulain.

“Eh, nak pergi kursus ke mana ni? Kenapa tak cakap dengan I? Selalu kalau nak ke mana sekalipun you bagitahu I… ni kenapa nak pergi kursus tak beritahu ni? Kursus kat mana? Kenapa sampai sebulan?” soal Fitri Shahriman bertalu.

“You ask my boss lah…”

“Moody aje ni kenapa sweetheart? Bulan mengambang ke?”

“Takde apalah… Man, aku betul-betul sibuk ni. Nanti aku call kau ya…”

0 comments: