Monday, October 29, 2007

Teman Sepi 6

Pagi-pagilah sudah ada email dari orang di tingkat atas. Naaz Qurratulain geleng kepala. Sudah berbuih mulutnya memberi alasan hendak mengelak dari berjumpa dengan Fitri Shahriman, tetapi lelaki itu tidak makan saman langsung.

Ain,

Apa yang buat you busy sangat sampai tak ingat dunia ni? Orang lain pun busy jugak tapi masih ada masa untuk diri sendiri.

Hari tu you cakap you tetap kawan I tak kira apapun status I, tapi sekarang you macam nak larikan diri dari I, kenapa Ain?

I tak kira, I nak jumpa you jugak tengahari nanti. I nak jumpa MY NAAZ QURRATULAIN!


Me,
F.S.


“Apa lagi si Shahriman ni nak dari aku, diakan dah bertunang… baru semalam sarung cincin, takkan pepagi buta ni dah cari aku?” bebel Naaz Qurratulain sendirian. Perlahan-lahan dia menggerakkan jarinya di atas kekunci computer ribanya lalu dibalas email dari Fitri Shahriman.


Encik Fitri Shahriman bin Datuk Fuad,

Adalah dimaklumkan kepada encik, bahawasanya saya tidak pernah sekali-kali melarikan diri dari sesiapa kerana saya tidak berhutang dengan sesiapa. Kebetulan sejak pulang dari berkursus dan dinaikkan pangkat (Alhamdulillah, syukur pada Allah) jadual kerja saya sangat padat. Kalau encik tidak percaya, sila jumpa Mr. Andrews (your best buddy)

Yang benar
Naaz Qurratulain

Nun di tingkat 15, Fitri Shahriman tersenyum simpul membaca email yang baru diterimanya. Dia tahu Naaz Qurratulain tidak pernah simpan benci dalam hatinya. Dia juga sedar Naaz Qurratulain sebenarnya memendam hasrat yang sama namun dia gadis Melayu yang pemalu dan santun, mana mungkin dia bisa meluahkan perasaannya pada lelaki.

“Semua ni salah aku… aku yang lembab” keluh Fitri Shahriman.


Cik Pengurus Operasi,

Kalau cik pengurus operasi inginkan rehat saya dengan lapang hati sedia berjumpa dengan Mr. Andrews (my best buddy) tu untuk meminta kebenaran darinya agar membebaskan cik pengurus operasi untuk beberapa jam.

Sekarang juga saya akan telefon Mr. Andrews (my best buddy) tu :-p

F.S.


Sementara itu di tingkat 7, Naaz Qurratulain mula panic. Menyalahkan diri sendiri kerana mencabar Fitri Shahriman. Kebimbangannya menjadi kenyataan apabila bosnya yang separuh matsaleh itu muncul di muka pintu biliknya.

“Shahriman called me…”
“He did?”
“Yahh…”
“Crazy…”
“He is crazy…anyway… you are permitted to take a long lunch break… but please help me to complete this survey form first… ” kata Mr. Andrews sambil menghulur beberapa helai kertas kuning cair kepada Naaz Qurratulain.

“Shahriman gila…boss aku pun gila!” bebel Naaz Qurratulain.

4 comments:

mitzsu7 said...

besh besh..nk lagi..lagi;)

ck said...

naz.. best citer ni... dengan gaya bahasa yang simple... saya suka.. :)

Seorang Nazurah said...

nur, kamsiah... thanks!

fadxiora said...

kak nak tanye, cite ni dah abis ke