Saturday, October 6, 2007

Teman Sepi

Jam di komputer sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Ain semakin cemas. Entah kenapa sejak semalam dia menjadi serba tak kena apabila Shahriman mengajaknya makan malam bersama keluarganya. Sejak mengenali Shahriman di Arizona ketika sama-sama menuntut di sana, Ain tidak pernah berkenalan dengan keluarga Shahriman. Yang dia tahu, Shahriman merupakan anak bongsu kepada Dato’ Fuad, ahli perniagaan yang disegani di bandaraya ini.

“Aku tak pakai baju kurunglah Man…segan nak jumpa mama dan papa kau dengan skirt macam ni. Aku nak balik rumah dululah…”

“Habis tu sape nak temankan Man shopping?”

“Shopping sendirilah…”

“No…no… you must come with me. It’s a must Ain!”

“Amboi…macam bos… okay, since hari ni kau yang jemput aku pergi kerja…jadi terpaksalah aku ikut kau balik jugak”

“That’s my girl… I will reach your office in three minutes time”

Ain segera mengemas mejanya dan mematikan suis. Pejabat Shahriman yang terletak di tingkat 15 di City Square Tower hanya beberapa minit sahaja jaraknya dengan pejabat Ain di tingkat 7.

Shahriman sudah tercegat di muka pintu pejabat Hisham Andrews. Senyumnya menyambut Ain yang sedang menolak daun pintu. Shahriman tetap tampan biarpun sudah lewat petang.

“Shopping kat sini ajelah ya Man…aku malas nak pergi jauh-jauh” pinta Ain.

“Yelah…I just wanna buy few shirts and a pair of jeans. Ain tak nak shopping ke? Dah siap semuanya nak ke Tioman weekend ni?” tanya Shahriman. Ain jadi bingung. Semalam Shahriman mengajak dia makan malam bersama keluarganya malam ini, tidak cukup dengan undangan makan malam, Shahriman mempelawa dia ke Tioman juga. Naaz Qurratulain sudah habis hitung, puas dia menolak namun Shahriman tetap berkeras mahu dia turut serta dalam percutian keluarga itu.

“Alah… pegi Tioman aje. Pakai beach thongs, kain batik mak aku dengan t-shirt pun boleh. Kalau aku melaram pun bukan ada orang pandang…”

“Tak…tak ada orang pandang cuma orang tengok aje. Loyar buruk…macamlah dia pernah pakai kain batik tu. Tak pernah umur I tengok you pakai kain batik Ain”

“Pasal aku tak reti pakailah sebab tu aku tak pernah pakai kain batik. Kot tanggal…uikhh…naya aku!”

Mereka beriringan menuju ke lif untuk turun ke bawah. Terpaksa bersesak-sesak dengan pekerja lain yang turut menggunakan lif untuk turun dari pejabat. Mereka merayap di kompleks membeli belah itu untuk beberapa jam selepas itu. Shahriman sibuk memilih pakaian pejabat yang baru, dia juga turut bermurah hati menghadiahkan Ain dua pasang baju baru.

Waktu hari semakin senja, dua teman itu beransur menuju ke rumah Shahriman di Nong Chik. Dada Ain berdebar-debar. Dia tak tahu apa tujuan Shahriman mengajak dia ke rumahnya, apatah lagi untuk makan malam bersama keluarganya yang mahsyur itu.

0 comments: