Sunday, October 14, 2007

Teman Sepi 3

Fitri Shahriman betul-betul kesepian. Sudah dua minggu buah hatinya di hantar berkursus di Langkawi. Tanpa Naaz Qurratulain, tengahari dia lapar, petang dia kehausan kerna ketiadaan teman yang mampu membuka seleranya untuk makan. Naaz Qurratulain bijak menyusun menu untuk dirinya. Bukan itu sahaja gadis itu sangat senang dibawa berbicara. Dari topic sukan, isu semasa hinggalah politik dunia, malah dia juga petah berbicara tentang pemuliharaan flora dan fauna.

Naik jenuh Fitri Shahriman menghantar SMS tapi tidak ada satu pun yang dibalas. Lenguh juga jarinya menekan butang Redial namun panggilannya tidak juga berjawab.

“Azura, boleh bagi aku nombor telefon hotel Ain tak?”

“Kalau kau nak telefon pun Shahriman, Ain bukan ada kat hotel sekarang ni. Dia tengah kursus, bukannya pergi holiday” jawab teman sepejabat Naaz Qurratulain.

“Aku telefon dia tak jawablah Zura…”

“Lahhh… kau tak tahu ke Shahriman?”

“Tahu apa?”

“Ain kau tu kena ragut sehari sebelum dia bertolak ke Langkawi. Habis semua harta benda dia dalam beg tu kena ragut”

Mengucap panjang Fitri Shahriman. Kenapa dia tidak diberitahu tentang hal sebesar ini? Apa kena dengan gadis itu,tiba-tiba sahaja dia jadi seorang yang begitu secretive.

“Tak apalah Zura…thanks”

“Milla… kau ada contact number Ain tak?”

“Eh, Man…ngigau ke kau ni? Kemana Qurratulain kau menghilang sampai cari aku pulak ni” soal Kamilla teman seusianya.

“Adik kau merajuk ke Man?” sambung Kamilla lagi.

Argh! Fitri Shahriman Cuma merosakkan ‘reputasi’ dirinya sahaja. Buat apa digebang serata alam misteri kehilangan buah hatinya ini, pasti mengundang salah faham pada orang lain.

0 comments: