Wednesday, December 26, 2007

Teman Sepi 10

Naaz Qurratulain terlewat ke pejabat hari ini. Keretanya buat hal, tak mahu hidup biarpun sudah berpuluh kali dia memusingkan kunci kereta.
“Betul kata Andrews jangan beli French Car…sebab ia cepat sejuk macam French Fries, bila dah sejuk tak boleh dimakan lalu dipanggil Dead Fingers!” bebel Naaz Qurratulain. Kebiasaannya Fitri Shahriman yang akan menjadi penyelamatnya jika keretanya meragam, tetapi Naaz Qurratulain sudah bertekad untuk menjauhi lelaki itu.
Jam 10 pagi Naaz Qurratulain tiba di pejabat Fitri Shahriman. Dua orang temannya sudah memulakan kerja di sebuah bilik khas yang disediakan untuk juruaudit. Dia melintas di hadapan bilik Fitri Shahriman, selalunya bilik itu akan disinggahinya dahulu tetapi pagi dia dia melintas macam mentadak-mentadu, senyap tak berbunyi.
“Lambatnya Naaz…” kata Liyana.
“Teksi tak ada…”
“Kereta kau buat hal lagi ke?” tanya Khadra pula.
“Biasalah Yana, Kay… kereta aku tu nak mintak kena campak dalam lombong. Asyik buat hal aje…” balas Naaz Qurratulain. Dia tak ada mood nak buat kerja. Diselak laporan kewangan bulanan helai demi helai tetapi Naaz Qurratulain tidak tahu apa yang dicarinya. Ini bukan lagi tugasnya tetapi dia diarahkan ke mari kerana Fitri Shahriman mahukan dia di sini.
“Cik Naaz, bos nak jumpa.” Panggil Syakirah.
“Saya sibuklah Syakirah. Cakap dengan bos awak saya tak ada masa sekarang.” Beritahu Naaz Qurratulain pada pembantu eksekutif Fitri Shahriman. Syakirah masih tidak mahu berganjak dari situ. Dia tetap menunggu Naaz Qurratulain bangun dari kerusi dan mengikutnya ke bilik Fitri Shahriman.
“Syakirah…saya tak boleh pergi, nanti kerja saya tak siap…bos awak jugak yang bising nanti…”
“Tapi bos suruh saya escort Cik Naaz sampai ke bilik dia, selagi Cik Naaz tak pergi selagi itulah saya akan berdiri kat sini.”
Ishh…manalah Fitri Shahriman jumpa pembantu lurus bendul macam Syakirah ni! Kerana kesiankan Syakirah, Naaz Qurratulain bangun dari kerusinya dan mengikut Syakirah ke bilik ketuanya.
“Kau nak apa Iman? Aku banyak kerjalah…” kata Naaz Qurratulain tanpa menunggu Fitri Shahriman mempelawanya duduk.
“Kenapa ni Ain? Tiba-tiba aje nak marah. I yang patut marah you, dahlah datang lambat, masuk pejabat orang tak beri salam…jalan menonong terus…” jawab Fitri Shahriman.
“I am sorry. Assalammualaikum…”
“Waalaikumsalam… duduklah…” pelawa Fitri Shahriman. Naaz Qurratulain enggan duduk. Dia rela berdiri. Kalau dia duduk nanti bicara pagi ini akan berpanjangan.
“You betul-betul berubah sekarang ni Ain…kenapa you mengelak tiap kali I nak jumpa you? Apa salah I?”
“Kau tak salah apa-apa dengan aku…”
“Habis tu kenapa tak mahu jumpa I?”
“Kau harus belajar hidup tanpa aku, Shahriman. Dan kita tak patut jumpa lagi…sampai bila-bila…” kata Naaz Qurratulain dengan jujur.
“Tapi kenapa?”
“Sebabnya jelas Shahriman… kau akan jadi suami orang dan tak sepatutnya kita berhubungan lagi.”
“Sebab apa?”
Naaz Qurratulain tak mampu untuk menyebut perkataan yang sedang berlegar-legar di kepalanya. Mahu dipendam nanti hatinya membengkak, mahu diluahkan dia bimbang akan mengundang luka yang dalam pada jiwanya.
“Cakaplah Ain… apa salah I, kenapa sampai macam ni you jauhkan diri dari I?”
“Iman… kau tahu dan aku juga tahu apa yang kita simpan dalam hati tapi sayang, hari ini… waktu ini bukan lagi milik kita lalu memaksa aku menyimpannya atau mungkin membuangnya terus…”
“Ain… kita masih belum terlewat. I masih belum jadi suami Rini…kita boleh kahwin. Kita kahwin Ain? Hmmm??”
“Fitri Shahriman… dalam dunia ini bukan ada kau dan aku sahaja. Ada berbilion manusia. Daripada berbilion manusia dan berjuta rakyat Malaysia…ada beberapa insan yang perlu kita jaga nama baik mereka, perasaan mereka…dan aku yakin, tanpa aku… kau masih boleh hidup, kan?”
“Kita lupakan ajelah semua ni Shahriman… aku ada banyak kerja nak buat, aku tak mahu dikata orang mengular kat pejabat kau ni…aku dibayar untuk ke sini…”
“Naaz Qurratulain…ajarlah saya bagaimana untuk melupakan awak…”
“Pejam mata rapat-rapat… dan sebut Naaz jahat, Naaz jahat…benci Naaz, benci Naaz banyak-banyak kali… sampai ia larut dan meresap dalam hati kau…”
Naaz Qurratulain keluar dari bilik Fitri Shahriman. Dia menangis. Naaz Qurratulain baru sahaja menuba hatinya sampai beracun segenap jiwanya. Sengaja dibiarkan jiwanya mati, mati kerana Fitri Shahriman.
“Kau kenapa Naaz?”
“Tak ada apa-apa…”
Dibiarkan airmatanya meleleh. Naaz Qurratulain benar-benar tidak dapat menyorok kesedihannya. Dia sayangkan Fitri Shahriman, sanggup ke sana dan ke mari menemani lelaki itu ke mana jua. Bagi Naaz Qurratulain, hubungannya dengan Fitri Shahriman sangat istimewa. Selama beberapa tahun dia bertemankan Fitri Shahriman, bila bersama hatinya sentiasa berbunga walaupun lelaki itu tidak pernah mengungkap kata cinta kepadanya.

5 comments:

- algemasi - said...

huhu.. naz, cedihnya.. jgn la bg sad ending.. waa.. yg ni xwat marathon cam MAC ke? ;) hehehe..

Seorang Nazurah said...

salam algemasi,
yg ni tak bleh nak marathon macam MAC, sbb MAC tu cerita zaman kurun yg dah lama x perap dalam pc...

TS ni baru kuar oven ;)

Love,
Naz

cApRi said...

naz..bila nak sambung nie...

brokenheart said...

citer baru ka ni??
tahniah naz..
n jangan biar terlalu lama plak utk sambungan dia yer..

yatt said...

Naz..2008 belum ada N3 lagi ke?