Saturday, October 17, 2009

Teman Sepi 12

Kad undangan perkahwinan Fitri Shahriman sudah diterimanya pagi tadi. Kad warna ungu diletakkan di atas mejanya dengan sekuntum ros warna lavender. Di bawah kad itu ada dititip sekeping kad warna krim dari pengirimnya. Naaz Qurratulain membuka kad warna krim itu terlebih dahulu kerana dia sudah tahu apa kandungan kad undangan warna ungu itu. Dia membuka kad warna krim dan di dalamnya tersisip sekeping kertas putih, tulisan tangannya. Sebuah puisi yang dipetik dari internet dan dihadiahkan kepada Fitri Shahriman beberapa tahun yang lalu. Dibacanya semula puisi itu,

When things go wrong,

As they sometimes will,

Ant it seems like life is all uphill,

But you don’t give in- you just give it time

Since you’re intent to make the climb

That’s determination

When you just cant win

As you sometimes wont

And you feel like quitting, but you don’t

When you’ve met defeat

Yet still can smile…

You have what it takes…

Stopping only to rest awhile

That’s determination

Naaz Qurratulain

Linear Park, Tasek Utara

Johor Bahru

28 June 2001.

Di bawah puisi itu ditulis beberapa baris perkataan, tulisan Fitri Shahriman meluahkan isi hatinya yang gulana.

You will never know that you’re my inspiration and determination. You inspired me to be what I am now, being with you was a dream and I always wanted to make it real. You are the real pride and sweetheart of mine, and your name suits you well…but my stupidity has ruined my dream…

Fitri Shahriman

Couple floors up

City Square Tower

Johor Bahru.

Naaz Qurratulain tutup semula kad yang pernah diberikan kepada Fitri Shahriman saat lelaki itu tidak tahu kenapa arah tujunya, mahu jadi arkitek seperti kehendak keluarganya atau jadi seorang computer programmer sebagaimana minatnya.

Dia nekad untuk menghadiri majlis perkahwinan Fitri Shahriman. Fikirnya tentu lebih manis kalau rasa cinta ini diakhiri jua biarpun ia tidak seperti kisah cinta dongeng sang pari-pari.


“Kalau bab mengutuk orang serahkan saja pada Cik Naaz Qurratulain. Tak pernah berubah perangai awak ni. Nasib baik duduk satu taman tapi jumpa kat universiti, kalau kenal sejak kecil tidak tak tahu berapa kontena you dah kutuk Iman”

“Lain macam aje bunyi baris terakhir ayat kau tu Iman…”

“Takde apa. Ain apa kata kita pergi makan kerang rebus. Nak tak?”

“Kerang rebus aje ke? Belanjalah aku fish platter ke fish and chips ke, barulah sedap sikit”

“Huhh…demanding!”

“Eh! Mestilah…bulan depan kau dah jadi suami orang tentunya kau dah tak boleh keluar dengan aku lagi macam ni. Kau belanja aku yang sedap sikit apa salahnya kan?”

“Tak salah Ain. Untuk Ain semuanya boleh”

“Thanks…tapi nampak gayanya lepas ni aku kena cari partner lainlah Iman”

“Partner apa?”

“Partner untuk cycling petang hari, partner untuk keluar shopping, partner untuk minum kopi masa tengah tension dengan kerja…like what we did before”

“Maksud Ain boyfriend ke? You wanna find a replacement for me?”

“Not really a boyfriend, doesn’t mean a special one…and not to replace you Iman”

“Aku kan ada Ain…masih disini setiap kali kau memerlukan aku sebagaimana aku memerlukan kau”

“Keadaan tak akan sama Fitri Shahriman. Sekarang bolehlah tapi bila kau dah kahwin nanti, kita tak boleh macam ni lagi. Nanti hubungan kita disalahertikan. Aku tak nak orang salah faham”

“Bagi aku, berkahwin tidak bermakna aku harus lepaskan apa yang aku ada sekarang. Berkahwin tidak semestinya aku harus meninggalkan apa yang aku miliki dan berkahwin tidak menghalang aku daripada terus berkawan dengan sesiapa juga”

Susah cakap dengan orang terlebih bijak ni. Dahlah, tadi kata nak makan kerang rebus. Tunggu apa lagi?”

“Selalu nak lari dari tajuk…” rungut Shahriman. Dia bangun lalu menggapai tangan Ain. Mereka berdua berjalan berpimpinan tangan dan menuju ke tempat letak kereta. Ain membiarkan keadaan itu tanpa berkata apa. Dia sayangkan Fitri Shahriman lebih dari sekadar teman.

Pintu Fiat Punto warna kuning ditutup kemas. Dia cuba lupakan kisah kelmarin. Kini dia melangkah dengan girang menuju ke dalam restoran. Matanya ligat mencari wajah-wajah yang dikenalinya. Rindu untuk bertemu teman lama semakin membuak-buak.

“Darling…here!” jerit satu suara. Ain menoleh ke arah suara itu. Dia tersenyum riang melihat tiga orang teman lamanya duduk di suatu sudut restoran itu.

“Sorry guys I am a bit late”

“It’s okaylah Ain, kami pun baru aje sampai ni. Penat driving dari KL pun tak hilang lagi ni.” Balas Affandi.

“Kenapa tak terus ke rumah Shahriman?” tanya Ain.

“Milla ni merengek nak makan kat restoran ni. Dia kata ikan bakar kat sini sedap. Itu yang kami singgah disini dulu” sahut Hazman pula. Kamilla yang duduk disebelahnya tersenyum.

“Kau jugak yang ajar aku makan kat sini dulu Ain. Lagipun bukan jauh sangat dari rumah Fitri kan?” balas Kamilla membela dirinya.

“Yelah, dah lama dah tu. Cerita lama masa kita di universiti dulu tu. Cuti semester kau ikut aku balik JB. Best kan? Hmmm…if we can turn back time…” keluh Ain.

“Ain, kami terkejut tau bila dapat kad jemputan dari Fitri. Dahlah tu tulisan depan kad tu tulisan kau. Bila aku bukak bukan nama kau yang tertera dalam kad tu. Macam nak pitam aku tahu tak?” ucap Kamilla. Ain Cuma mampu tersenyum.

“Yelah Ain, misteri betul percintaan kau dan Fitri ni. Masa di universiti dulu bukan main macam belangkas. Fitri siang malam dok meracau nama kau. Tup-tup sekarang kahwin dengan orang lain pulak. Hah tulisan pada kad tu, kau yang tulis kan?” tanya Hazman pula.

“Betul tu Man, apa cerita ni Ain?”

“Korang semua yang salah sangka. Aku dengan Iman sebenarnya takda apa-apa. Memang aku yang tulis kad jemputan. Iman mintak aku tolong dia, kami sama-sama tulis nama para jemputan”

“Gila…”

“Apa pulak yang gila ni Milla”

“Gilalah! Tak gila ke ni namanya Ain? Bercinta dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain” air jernih mula bertakung di kelopak mata Kamilla. Ain memeluk Kamilla. Hatinya turut sebak.

“Ini namanya takdir Milla…”

“Ain…be strong. Aku, Fandi, Milla sentiasa ada kalau kau perlukan kami. KL-JB bukannya jauh kalau kau perlukan teman” balas Hazman yang pantas mengubah topik perbualan.

“Don’t worry, I’ll be fine. Aku akan join korang tak lama lagi. Permohonan aku untuk ditukarkan ke KL sudah diluluskan. Insya-Allah bulan depan aku transfer ke sana

“Really Ain? Syoknya! Bolehlah kita lepak-lepak macam dulu ya” Kamilla mengesat airmatanya dengan kertas tisu

“Nak lepak apanya, kau dengan Man dah nak kahwinkan?”

“Lama lagi, sempat lagi kalau nak melepak. Man tengah kumpul duit hantaran tu” usik Kamilla.

“Mintak hantaran gila babas sampai 15 ribu. Macam nak tercabut nyawa kumpul duit ni” balas Hazman.

“Nasib baik Milla lahir 15 hari bulan tau bang. Kalau Milla lahir 28 hari bulan macam Ain ni lagi teruk abang kena simpan duit” jawab Kamilla dengan manja. Empat sahabat lama itu ketawa.

“Milla kau tidur rumah aku ya?”

“Yelah! Takkan aku nak ikut laksamana dua orang ni tidur rumah Fitri pulak. Ishh kau ni Ain”

“Rumah kau dengan rumah Fitri tak jauhkan Ain?” tanya Affandi.

“Ha’ah dekat aje. Rumah Iman kat belah rumah datuk-datuk…rumah aku pulak kat belah orang biasa-biasa aje” terang Ain.

“Rumah kau area orang alim-alim, anak pak hajilah katakan” usik Affandi pula. Ain tersenyum. Ayahnya merupakan Imam di masjid berdekatan dengan rumahnya.

“Eh! Jomlah gerak ke rumah Fitri. Dah pukul 6 ni, tak elok datang rumah orang waktu Maghrib” ajak Hazman pula. Mereka berempat mula beredar dari restoran itu. Kamilla menemani Ain, manakala Hazman dan Affandi menaiki kereta yang lain.

0 comments: