Sunday, October 18, 2009

Teman Sepi 15

bahagian 2

Naaz Qurratulain berjalan pantas menuju ke platform. Tiket sehala berharga tiga puluh lima ringgit sudah ditangannya. Dia tidak mahu terlepas tren menuju ke KL Sentral kerana hari sudah malam. Pintu tren sedia terbuka menerima penumpang. Agak penuh tren Express Rail Link malam ini. Naaz Qurratulain tercari-cari tempat duduk yang kosong dan mengadap ke depan. Dia pening jika duduk bertentangan dengan laluan tren.
Beg sandangnya diletakkan di kerusi yang kosong. Dilakukan senaman ringan mengurangkan regangan pada bahu. Dia baharu sahaja hendak memanjangkan kakinya yang lenguh, sudah ada yang menyapa.
“May I sit here?”
Cepat Naaz Qurratulain menyorokkan kaki yang tadi hendak didaratkan di atas kerusi. Bukan dia tidak faham dengan peringatan yang tertampal di dinding koc namun kakinya terlalu sakit dan lenguh.
Naaz Qurratulain membuka buku yang menjadi bekalannya disepanjang perjalanan. Diselak muka surat yang sudah ditandakan. Dia memulakan pembacaan tanpa menghiraukan orang disekelilingnya.
“Hello, Fendi… aku sampai KL Sentral lebih kurang setengah jam dari sekarang.” Kata lelaki yang duduk di hadapannya.
“Aku seorang ajelah. Nak bawak siapa pulak, aku datang sini bukan untuk shopping nak bawak orang sekampung. Meetinglah…” katanya lagi.
“Dinner? Boleh jugak beb. Kebetulan tadi aku tak sempat nak dinner dengan famili aku… nak kejar flight punya pasal.” Cerita lelaki itu.
“Oh! Kat mana tu? Rumah Milla? Dia masak?”
“Huwaa… best tu. Milla masak asam pedas ikan duri? Favorite Ain tu… kalau dia ada kan bagus…” sebut lelaki itu. Naaz Qurratulain menghenti bacaannya. Terganggu dek perbualan telefon lelaki yang duduk di hadapannya. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya, dilihat lelaki itu dari kacamatanya yang besar dan gelap.
“Kenapa cik tengok saya macam tu?” tegur lelaki itu.
Naaz Qurratulain menggelengkan kepalanya. Kalau bersuara dia bimbang tertangkap. Terfikir juga untuk berpindah tempat duduk memandangkan perjalanan ke KL Sentral masih berbaki 25 minit. Dipanjangkan sedikit lehernya melihat ke hadapan dan berpaling ke belakang melihat kerusi-kerusi yang kosong. Naaz Qurratulain menutup bukunya, dia pura—pura tidur dengan melentokkan kepalanya dicermin koc.
Beg sandang yang diletakkan di kerusi sebelah kembali digalas atas bahu. Naaz Qurratulain bangun tapi buku yang dipegangnya terlepas dari tangan. Penanda buku turut terkeluar dari tempat ia diselitkan.
Lelaki yang duduk dihadapannya segera tunduk untuk membantu.
“Fitri Shahriman Fuad” sebut lelaki itu sambil membaca tulisan dibelakang penanda buku yang diperbuat dari material seakan aluminium yang nipis. Dia membalikkan penanda buku yang berkepala berbentuk hati dengan tiga butir rhinestone.
“My Sweetheart…” bacanya lagi.
“Mintak balik, ini kakak saya punya!” sebut Naaz Qurratulain dengan cepat. Dirampas sahaja penanda buku itu dari lelaki itu.
“Maaf, setahu saya bookmark ini milik Naaz Qurratulain tapi dia tak ada kakak dia cuma ada dua orang abang kembar. Naaz Qurratulain yang saya kenal anak bongsu.”
“Mana ada nama kat situ lagipun rakyat Malaysia ada lebih 25 juta takkan ada satu aje benda ni. Melambaklah kat kedai.” Tepis gadis itu.
“Tapi saya yakin Fitri Shahriman Fuad hanya saya seorang sahaja,” jawab lelaki itu dengan yakin.
“Qurratulain tu maknanya sweetheart!” teriak lelaki itu. Naaz Qurratulain buat tak dengar. Dia jalan menonong melepasi koc demi koc sehinggalah tren itu berhenti di KL Sentral. Naaz Qurratulain pantas menyelinap keluar diantara penumpang yang ramai. Kakinya panjang menuju ke eskalator.
“Nanti dulu! Tunggu!”
“Ain! Tunggu, I tahu you Naaz Qurratulain, jangan lari Ain!”

3 comments:

^[cHi-Chi]^ said...

huhuhu ble nk smbung cite ni..lmenye...best.

mamashilla said...

Sambung cepat okay...

~PakKaramu~ said...

pAK kARAMU MENZIARAHI ANDA