Saturday, October 17, 2009

Teman Sepi 13

Perkarangan rumah keluarga Shahriman hampir penuh dengan kereta. Ain memarkir keretanya di luar pagar. Tubuhnya tiba-tiba terasa sejuk. Dia menggapai tangan Kamilla dan menggenggam erat jemari sahabatnya. Ketibaan Ain dan Kamilla di sambut oleh Fareez, abang sulung Shahriman.
“Masuklah Ain… boleh breakfast sama-sama dengan kita. Iman dengan yang lain pun sedang breakfast tu” pelawa Fareez.
“Ain kenyang lagi bang…” balas Ain. Kamilla menyiku Ain. Fareez tersenyum memandang Kamilla.
“Kawan you tu abang rasa dia lapar…” usik Fareez pula.
“Ain bolehlah pagi-pagi tak breakfast, dia dapat susu aje cukup. I tak boleh… I mesti nak makan…” Kamilla membela dirinya.
“Ainkan baby… rite dear?” ucap Fareez. Ain tidak menyambut pertanyaan itu. Fareez kemudiannya menemani mereka masuk ke dalam rumah dan membawa mereka ke ruang makan.
“Mari makan dulu Ain…” pelawa mama Shahriman.
“Ain dah makan tadi Datin… thanks…” balas Ain dengan sopan.
“Auntie ada hadiah untuk Ain… Fareez ambilkan paper bag dalam bilik mama”
“Hadiah apa pulak auntie ni….”
“Tanda terima kasih sebab Ain tolong siapkan bilik Iman. Cantik sungguh…ramai yang puji. Tak sangka ada bakat terpendam rupanya engineer sorang ni” puji Datin Shariah. Ketika itu Shahriman muncul dari ruang tengah siap berpakaian pengantin. Lengkap dengan sampin songket bunga penuh warna perak dipadankan dengan baju melayu teluk belanga warna putih.
“Handsome anak mama ni…” puji Datin Shariah. Shahriman mendekati mamanya dan mencium tangan dan kedua belah pipi wanita itu. Shahriman kemudiannya datang mendekati Ain yang sedang duduk di hujung meja makan 12-seater itu.

“Ain… boleh cakap kejap?” bisik Shahriman perlahan. Ain mengangguk kecil. Diajak Ain ke suatu sudut di rumahnya. Jauh dari sesiapa.
“Nak cakap apa?” tanya Ain
“Do you love me Ain?”
“This is not the right time to ask such question Iman” balas Ain separa berbisik. Shahriman menggelengkan kepalanya. Dia mengulangi semula soalan itu kepada Ain. Dipegang tangan Naaz Qurratulain.
“Ain…answer me please…please Ain…”
“I don’t have the answer right now”
“You do have Ain…once and for all, tell me now that you love me…”
“You know the answer Shahriman”
“Marry me please dear. I love you so much, I love you with all my heart…Ain, look here…”
Di saat itu juga muncul Fareez membawa beg kertas yang diminta mamanya. Sempat dia mengerling ke arah Ain dan Shahriman. Beg kertas comel tertulis sebuah butik perhiasan diri terkenal kini telah bertukar tangan.

“Ain ke mari nak…sudah-sudahlah tu Iman. Kejap lagi dah nak gerak ke masjid takkan masih nak mintak tolong Ain lagi. Entah apa lagilah tu yang nak disuruh tu…lepas ni suruh Rini pulak” ucap Datin Shariah. Ain bingkas bangun dari duduknya lalu mendekati Datin Shariah.
“Ain terimalah hadiah dari auntie yang tak seberapa ni. Sebagai tanda terima kasih kami sekeluarga untuk Ain kerana berjaya memujuk Iman. Sepertimana yang kita dah bincang dulu, auntie harap Ain akan tunaikannya” bisik Datin Shariah dengan perlahan.
“Auntie…Ain buat ni semua bukan kerana ganjaran. Ain tak boleh terima pemberian auntie ni” tolak Ain dengan sopan.
“Auntie ikhlas ni Ain…ambillah…”
Mahu tak mahu Ain terpaksa jua mengambil beg kertas yang comel itu dari tangan Datin Shariah. Dadanya terasa sebak dan berat untuk menerima pemberian yang seolah-olah membunuh seluruh perasaannya.
“Dah siap belum ni? Masih berkumpul di sini pulak” tanya Datuk Fuad yang muncul dari tingkat atas. Dia begitu segak dengan baju melayu warna kuning cair, sedondon dengan Datin Shariah.
“Tunggu awaklah bang. Kami semua dah siap ni…”
“Iman dah ready?” tanya Datuk Fuad pada anak kesayangannya.

Ain bergerak mendekati Kamilla, Hazman dan Affandi. Airmatanya sudah mula bertakung, menunggu masa untuk gugur dari kelopaknya. Dia merasakan dirinya begitu hina dengan pemberian itu. Kasihnya untuk Fitri Shahriman bukan boleh dinilai dan digadai dengan material.
Shahriman memandang Ain dengan perasaan yang berbaur. Jauh dilubuk hatinya dia ingin membawa gadis itu pergi jauh dari situ. Seluruh cintanya hanya untuk Naaz Qurratulainh. Dia hanya mampu melihat gadis itu dari kejauhan kini, membiarkan Ain menaiki kereta bersama teman-temannya yang lain sedangkan dia bersama kedua orangtuanya di dalam kereta yang berasingan. Disaat itu, Shahriman mahu duduk berduaan dengan Ain, hanya Ain!

Perjalanan menuju ke Masjid Sultan Abu Bakar hanya mengambil masa tidak sampai sepuluh minit dari kediaman keluarga Shahriman. Telefon bimbit digenggaman Ain tidak henti berbunyi. Airmatanya gugur jua membaca setiap sms yang diterimanya. Tiada siapa yang akan faham hatinya, tiada siapa jua yang akan mengerti.
“I love you too baby…” balas Ain dalam hati. Janji pada dirinya sendiri dan amanah yang diberikan oleh Datin Shariah terlalu berat untuk diingkari. Sedalam mana cintanya untuk Shahriman, mereka tidak boleh bersatu.
“Ain…are you crying?” tanya Kamilla. Ain mengangguk perlahan. Perasaan hibanya tidak mampu disorok dari sesiapa lagi pada ketika ini. Ain memberikan telefon bimbitnya kepada Kamilla.
“God…I know this gonna happened. I knew he loves you very much my dear friend”
“I can’t Milla…I just can’t…”

Kereta yang dipandu Affandi berhenti di perkarangan masjid. Deretan kenderaan menjalar di tepi masjid, telah sedia menanti ketibaan rombongan pengantin lelaki. Ain melangkah keluar dari kereta. Shahriman juga turut keluar dari kereta. Keduanya saling berpandangan.

Ain memakai semula kacamata hitamnya. Dia mengekori langkah Affandi, Hazman dan Kamilla menuju ke dalam masjid bersama-sama dengan anggota rombongan yang lain.
“Relax lah bro…jangan gabra. Baca ayat kursi banyak-banyak biar tenang sikit hati tu” usik Hazman. Shahriman mengangguk beberapa kali. Fareez yang berdiri di sebelahnya memberikan Shahriman sebotol air mineral.
“Bagi sejuk sikit hati tu…” tambah Fareez pula.
“Jangan minum banyak sangat Fitri, karang bila tok kadi goncang tangan kau, takut kau terkucil pulak nanti” tokok Affandi pula.

Majlis pernikahan di masjid itu berjalan dengan lancar. Rini dan Fitri Shahriman kini dengan rasminya bergelar suami-isteri. Upacara menyarung cincin dan membatalkan air sembahyang pula berlangsung dengan disulami ketawa kecil kedua belah pihak.
“Cantiknya Rini…” bisik Ain ke telinga Kamilla.
“Puteri sebelah aku ni lagi cantik” tegas Kamilla pula.
“Shhh…dalam masjid jangan mengumpat” tegur Hazman.
“Apa abang ni, mana ada mengumpat…” balas Kamilla membela diri. Dia sempat mengetil peha Hazman.

Selesai upacara membatalkan air sembahyang, pengantin bersalaman dengan saudara-mara dan sahabat handai yang datang.
“Rini…kenalkan ini Naaz Qurratulainh yang I cakapkan tempohari. Ain…Rini…” ujar Shahriman memperkenalkan keduanya. Air hangat mula bergenang di kelopak mata Ain, dia cuba bertahan agar ianya tidak mengalir ketika itu.

“Selamat pengantin baru Fitri…” ucap Ain. Dia tidak lagi memanggil Fitri Shahriman dengan nama Iman yang selalu digunakannya sejak dulu. Bagi Ain dia kini hanyalah teman biasa seperti yang lainnya. Iman nama panggilan untuk keluarga terdekat manakala Fitri selalu digunakan oleh kawan-kawan atau orang yang baru mengenalinya.
Shahriman merenung Ain apabila dipanggil dengan nama Fitri. Seolah dia telah kehilangan suatu tempat yang istimewa di dalam hati gadis itu.

0 comments: